Wednesday, September 11, 2013

Membina Blog Perniagaan Ibarat Memancing Ikan Di Lautan


Teks : Zaila Mohamad

Imej : Google

Assalamualaikum,

Bolehkah anda bayangkan perumpamaan di atas? Kenapa membina blog perniagaan boleh diibaratkan seperti memancing ikan di lautan? Di dalam konteks ini, bayangkan betapa lautan yang luas terbentang akan penuh dengan ikan-ikan yang terdiri dari pelbagai bentuk; ada yang kecil, besar, bulat, panjang, comel, penakut dan bermacam-macam lagi. Ikan ini boleh diibaratkan seperti pelanggan yang bakal kita hadapi. Kalau pandai menawan ikan tersebut, Alhamdulillah rezeki membawa pulang ikan itu tapi andai kata tidak tahu memancing ikan, maka hampalah kita.

Ini adalah kisah dua orang nelayan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan bagi menyara keluarga mereka. Pak Hamid dan Pak Hitam (kedua-duanya bukan nama sebenar) tinggal berdekatan dengan Laut China Selatan. Pak Hamid seorang yang sangat suka belajar, malah beliau tidak pernah lokek dalam membelanjakan sedikit wang hasil dari simpanannya. Pak Hamid mengikuti kursus menangkap ikan dengan menggunakan jala dengan Mamat yang jauh lebih muda darinya. Demi ilmu, Pak Hamid ketepikan ego dan belajar bagaimana menangkap ikan dengan menggunakan jala. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari jumlah ikan yang ditangkap oleh Pak Hamid bertambah. Mula-mula memanglah agak kekok untuk menggunakan jala tetapi Pak Hamid diajar dengan sabar oleh Mamat. Berbekalkan azam yang kuat, Pak Hamid keluar menjala ikan hampir setiap hari dan pulang dengan hasil tangkapan yang banyak. Berkat rezeki yang ada, Pak Hamid berusaha lagi belajar dengan Leman pula seorang usahawan ikan yang berjaya menggunakan pukat tunda untuk menangkap ikan di laut. Alhamdulillah akhirnya Pak Hamid berjaya merubah kehidupan dengan hanya menangkap ikan sahaja.

Berbeza pula dengan Pak Hitam yang dibesarkan dalam keluarga nelayan yang kaya. Ayahnya mewariskan sebuah bot nelayan untuk Pak Hitam gunakan bila menangkap ikan nanti. Ada jala disediakan sekali di dalam bot itu. Mudahnya kerja Pak Hitam kerana serba serbi ayahnya telah sediakan tapi agak malang kerana Pak Hitam tidak tahu menjala. Puas diajar oleh teman-teman yang lain tapi Pak Hitam masih gagal menggunakan kemudahan yang ada dengan baik. Akhirnya Pak Hitam mendapat masalah bila jala dan bot juga rosak dipukul ombak. Malangnya nasib Pak Hitam, semua sudah tersedia tapi Pak Hitam masih belum mendapat hasil dari apa yang disediakan oleh ayahnya. Gagal mendapatkan ikan membuatkan Pak Hitam terus merasa kecewa dan tidak mahu menangkap ikan lagi.

Kisah di atas hanya rekaan semata-mata tapi semuanya adalah berdasarkan kisah benar yang ramai di antara kita sedang mengalaminya. Apabila semua orang berniaga online, kita juga ingin berniaga. Di tambah pula ada kawan-kawan yang mengajak itu tunjuk blog yang tersedia ada. Waaah! Senangnya berniaga hanya masukkan sahaja maklumat di dalam blog dan tunggu sahaja duit masuk berkepuk-kepuk di dalam bank.

Hakikatnya, ianya tidaklah semudah itu. Bagi memulakan perniagaan di dalam talian, kita perlulah berguru dahulu dengan mereka yang arif. Memang perlukan sedikit masa dan kewangan juga sebelum bermula tapi semua itu akan berbaloi apabila usaha yang keras akan dibayar dengan mendapat pelanggan. Di mana semuanya akan diajar langkah demi langkah sehingga berjaya mendapat jualan. Berbekalkan dengan semangat dan azam yang kuat, Insya Allah sangat mudah untuk mencari pendapatan melalui perniagaan online.

Daftar sekarang untuk kelas asas blog & fanpage bagi mereka yang mahu bina platform blog untuk perniagaan di dalam talian. Berikut adalah maklumat kelas :

- 100% online di mana medium facebook digunakan untuk menyampaikan nota
- Tiada had limit dalam menyiapkan tugasan tetapi apabila cepat siapkan tugasan akan dapat siapkan blog dengan lebih cepat
- Modul yang digunakan sangat berkesan dalam membantu menyiapkan tugasan asas blog
- Mempunyai rangkaian teman-teman seangkatan yang boleh saling bantu membantu dalam menyiapkan tugasan
- Produk jualan juga disediakan melalui kaedah dropship

Pada yang berminat untuk menyertainya boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Semoga bermanfaat!


No comments:

Post a Comment