Saturday, June 29, 2013

Galakkan Anak Menjadi Usahawan Sejak Dari Kecil


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Assalamualaikum,

Teringat kenangan di zaman saya kecil dahulu, ayahanda saya seorang petani manakala bonda pula surirumah sepenuh masa. Masa itu, ayahanda menanam ibu kayu dan bonda mengusahakan kerepek ubi kayu dari ubi tersebut. Caranya, ubi kayu dibuang kulitnya dan diparut sampai halus. Kemudian bonda akan menggaul hasil parutan dengan garam dan mereka memulakan proses meletakkan ubi kayu tersebut di atas tudung periuk dan kemudian dijemur di bawah matahari. Apabila kering, ayahanda akan mengambil setiap kepingan ubi kayu tersebut dan mengguntingnya agar berbentuk empat segi sama. Bonda kemudian akan menggorengkan kerepek ubi kayu ini dan selepas masak, digaul pula ke dalam sambal atau air gula. Kemudian mereka akan mengisikan kerepek ini ke dalam plastik dan menutupnya dengan menggunakan api lilin sahaja.

Betapa tekunnya ayahanda dan bonda saya pada masa itu. Kerepek-kerepek tersebut bonda akan bawa sebagai jualan di kantin sekolah saya. Begitulah rutin harian ayahanda dan bonda di kampung jika tidak menanam tembakau. Saat itu, saya masih mentah dan tidak tahu apa itu erti sebenar kesusahan demi mencari sumber pendapatan yang halal. Iya, darah usahawan sudah mengalir dalam diri ini tetapi pada masa itu saya hanya tahu untuk belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran di Universiti untuk mencapai impian menjadi seorang yang berjaya.

Kini, setelah hampir setahun berhenti kerja dan hampir 5 tahun berniaga di dalam talian, saya cuba untuk terapkan semangat usahawan ke dalam diri anak-anak saya. Bermula minggu lepas, saya ada projek menjual kerepek di sekolah dan tempat kerja adik ipar dan kawan-kawan saya. Anak-anak cukup teruja bila melihat suami membelikan saya alat perkakasan untuk membungkus kerepek. Saya mulakan dengan membungkus semula kerepek ubi kepada peket-peket kecil seberat 100gm setiap satu dan dijual pada harga RM2 sebungkus. Anak-anak saya terutamanya yang sulung dan yang kedua akan membantu dengan menghulurkan plastik dan menolong untuk menekan mesin penutup plastik.

Alangkah mudahnya zaman sekarang, tidak perlu bersusah-susah membuat sendiri kerepek yang ada. Apa yang penting tahu di mana sumber untuk kita mendapatkan bekalan yang sudah siap. Peralatan juga sudah serba canggih di mana ada penimbang kecil dan penutup elektrik yang amat-amat mudah untuk digunakan. Malah, anak-anak saya cukup rajin membantu menekan penutup plastik tersebut. Apabila sudah siap membungkus, saya akan memberikan hadiah kepada mereka seperti membuatkan mereka minuman kegemaran atau menggoreng nugget kepada mereka. Saya sering mengingatkan kepada mereka bahawa ini salah satu cara untuk kita dapatkan duit lebih. Dalam bergurau saya katakan bahawa kalau nak suruh papa beli kereta baru. kenalah rajin cari duit. Alhamdulillah kata-kata tersebut terkesan di dalam hati anak-anak apabila mereka sering membicarakan tentang kereta baru dan duit simpanan:)

Begitu juga buat kalian di luar sana, anak-anak kecil begitu mudah menyerap apa yang berlaku di sekitar mereka. Setiap kali kita melakukan sesuatu, jangan lupa untuk libatkan mereka bersama. Sambil bekerja, berceritalah dengan mereka apa tujuan kita melakukan perkara tersebut. Insya Allah sampai menginjak dewasa mereka akan ingat saat-saat ini. Dulu semasa saya kecil, ayahanda dan bonda jarang melibatkan saya dan adik kerana mereka tidak mahu kami turut sama bekerja seperti mereka. Mereka hanya berharapkan kami dapat belajar tinggi supaya dapat bekerja di dalam bidang pilihan masing-masing. Alhamdulillah, berkat keringat ayahanda dan bonda, kami 5 orang adik beradik semua dapat masuk Universiti dan masing-masing telah pun bekerja (kecuali saya yang mengambil keputusan untuk berhenti dan bekerja dari rumah). Adik saya pula masih dalam pengajian kedoktoran di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Terima kasih tak terhingga buat ayahanda dan bonda berdua.

Sekarang ini saya libatkan anak-anak saya yang masih kecil supaya mereka dapat mengenal nilai sebuah duit supaya mereka tahu dan menghargai duit yang ada. Saya juga tidak akan menghalang mereka sekiranya apabila besar nanti mereka akan mengikut langkah generasi kami dengan berniaga. Sekurang-kurangnya dari sekarang lagi mereka sudah nampak apa itu berniaga, macamana cara berniaga dan kepuasan dalam berniaga. Saya juga sering membawa mereka ke tempat-tempat saya memborong barang jualan dan juga apabila bertemu pelanggan. Pernah sekali kami ke rumah abang ipar saya dan saya membawakan keropok segera sebagai buah tangan. Semasa anak buah kamis edang menikmati keropok tersebut, anak sulung saya memberitahu yang keropok ini adalah keropok yang dijual oleh mamanya:) Bangganya saya apabila anak sulung sudah tahu mempromosikan barang jualan saya.

Buat peniaga kecil-kecilan mahupun usahawan besar di luar sana, jangan lupa untuk melibatkan anak-anak dalam aktiviti harian kita. Semoga mereka beroleh manfaat dari apa yang kita ajarkan.

Salam kasih sayang!

Buat mereka yang ingin mendapatkan pakej WAHM, SOHO harga masih lagi RM100 sehingga hujung bulan ini. BAyar RM125 untuk mendapatkan sebuah buku percuma iaitu buku Jana RM Dari Rumah hasil tulisan pn Masayu Ahmad. Pada yang berminat untuk memasuki kelas asas blog dan fanpage untuk tujuan perniagaan atau penulisan, boleh masuk mana-mana kelas saya yang saya anjurkan 100% secara dalam talian. Nak tahu macamana? Boleh hubungi saya

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651

Thursday, June 27, 2013

Tips Berniaga Online : Kuasai Penggunaan Telefon Pintar


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Assalamualaikum,

Sekarang ini sangat mudah untuk berurusan secara online. Dengan kehadiran telefon pintar pelbagai jenama ibarat sebuah komputer yang mempunyai talian internet, tapi yang membezakan antara keduanya adalah dari segi saiz sahaja. Mudahnya sekiranya berurusan dengan telefon pintar kerana saiz yang kecil tapi mampu menyimpan data yang banyak. Di tambah pula dengan kecanggihan teknologi kamera telefon pintar yang mampu menyaingi kualiti gambar yang ditangkap menggunakan kamera digital mahupun DSLR.

Ada beberapa jenama telefon pintar yang sedang hangat di pasaran. Antaranya adalah Samsung, I-phone, HTC dan pelbagai lagi mengikut spesifikasi dan harga yang berlainan. Tetapi yang paling popular tentulah dari keluaran Apple dan Samsung yang saling berlumba dalam mengeluarkan modal baru.

Antara kelebihan telefon pintar yang harus dikuasai oleh peniaga dalam talian adalah :

1) Facebook & fanpage

Betapa senangnya untuk memuat turun gambar dan terus dihantar untuk tatapan pembaca mahupon pengikut setia laman membeli-belah kepunyaan anda. Dengan adanya butang kongsi, peniaga boleh berkongsi gambar jualan bila-bila masa sahaja.

2) Email

Setiap telefon pintar seharusnya mempunyai perisian email seperti google ataupun yahoo supaya senang menerima maklumat atau pertanyaan daripada pelanggan. Telefon akan berbunyi menandakan adanya email masuk. Peniaga yang baik akan melayan permintaan atau pertanyaan pelanggan dengan secepat mungkin.

3) Banking Di dalam Talian

Muat turun sahaja perisian internet banking di dalam telefon. Sebagai contoh, Maybank ada menyediakan aplikasi M2U untuk pengguna Maybank2u yang mempunyai akaun dalam talian di mana pelanggan boleh membuat transaksi secara talian dengan menggunakan telefon bimbit sahaja.

4) Teknik Menangkap Skrin (Screen Capture)

Amat penting untuk melakukan pertanyaan susulan selepas jualan sebagai testimoni pelanggan. Selalunya pelanggan akan sms atau whats app jadi amat penting untuk belajar macamana untuk menangkap gambar di skrin telefon. Setiap telefon pasti berbeza caranya jadi belajarlah dahulu supaya senang untuk memuat turun testimoni.

5) Pages Manager


Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu fanpage, bolehlah memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon supaya senang untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai fanpage kendalian anda.

Buat mereka yang ingin mengikuti kelas asas blog & fanpage untuk memulakan perniagaan, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Facebook : facebook/Zaila Mohamad
Sms / Whats app : 012-3228651

Saya akan tunjukkan langkah demi langkah untuk membina sebuah blog & fanpage di facebook. Kelas adalah 100% melalui talian yang tidak memerlukan sebarang komitmen waktu belajar. Nota akan diberikan secara bergambar mahupun tulisan. Daftar sekarang!

Monday, June 17, 2013

5 Contoh Bisnes Yang Mendatangkan Duit Di Bulan Puasa


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, Ramadhan semakin mendekati kita. Bulan yang penuh keberkatan di mana segala amal mendapat ganjaran berganda-ganda. Pada bulan puasa juga ramai peniaga yang mengambil peluang menambah pendapatan dengan berniaga. Lihat sahaja bazar ramadhan yang berdekatan rumah anda, sudah pasti akan penuh dengan gerai-gerai peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan dan pakaian.

Buat mereka yang ingin menjalankan perniagaan tanpa perlu keluar dari rumah. Di bawah disenaraikan 5 jenis perniagaan yang boleh mendatangkan duit sekiranya dilakukan dengan penuh kesungguhan!

1) Bisnes Kurma

Kurma sangat diperlukan oleh umat Islam sebagai memenuhi sunat ketika berbuka puasa. Zaman sekarang kesibukan bekerja kadang-kadang membuat ramai yang terlupa untuk membeli kurma. Boleh sediakan perkhidmatan terus ke rumah pelanggan.

2) Bisnes Pakaian Raya

Lumrah manusia apabila tiba hari raya bagi yang berkemampuan akan membeli baju raya. Boleh cuba fokuskan kepada produk atau lebih bergantung kepada modal anda. Seperti kurma, sediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah pelanggan supaya mereka tidak perlu membuang masa dan tenaga mencari-cari di pasaraya pada bulan puasa nanti.

3) Biskut Raya 

Pada yang mempunyai bakat membuat biskut, boleh kembangkan bisnes dengan mengambil tempahan dari kawan-kawan atau sanak-saudara. Bergantung kepada tempahan, anda juga harus bersedia dengan pembantu agar bisnes dapat berjalan dengan lancar. Proses membuat biskut agak memenatkan tetapi akan berbaloi sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan. Yang pasti utamakan kualiti dalam setiap servis agar tahun hadapan akan sentiasa mendapat permintaan dari pelanggan.

4) Kerepek dan kekacang

Boleh mencari pembekal dengan membeli secara pukal. Kemudian dijual secara peket-peket kecil di pejabat, sekolah mahupon kepada jiran-jiran. Pada yang berminat untuk mejadi ejen jualan kerepek, boleh hubungi sini (pencarian ejen kerepek) di mana anda hanya perlu mencari tempahan pelanggan sahaja.

5) Hamper raya

Bisnes ini memerlukan kreativiti anda untuk menyiapkan hamper raya seperti yang diminta oleh pelanggan. Anda boleh memasukkan makanan seperti kurma, biskut raya atau coklat sebagai isi kandungan hamper. Pelanggan seperti syarikat-syarikat akan memerlukan hamper untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan korporat mereka.

Senang bukan? 5 bisnes ini merupakan yang senang untuk dilakukan dan yang paling penting anda sudah boleh merancang dari sekarang. Mulakan dengan langkah mencari pelanggan, mengkaji market, sasaran pelanggan dan modal yang diperlukan.

Buat suri-suri di luar sana, kalau nak mula berniaga tapi tiada modal untuk mulakan langkah awal, boleh hubungi saya di zailamohamad@yahoo.com atau sms/whats app di 012-3228651 atau PM sahaja di facebook/zaila mohamad. Insya Allah saya akan bantu anda:)

Sekian, salam kasih sayang!


Saturday, June 15, 2013

Blog Sebagai Tapak Asas Tambah Pendapatan

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Kisah 1 :

Maria merupakan seorang penjawat awam yang suka melayari internet di masa luangnya di pejabat. Maria juga menulis sebuah blog yang mengisahkan tentang kisah kehidupan Maria. Hampir setiap hari Maria menulis tentang aktiviti yang Maria buat seperti aktiviti anak-anak, benda yang Maria makan, beli & suka. Maria juga mempunyai ramai kawan-kawan blogger yang mempunyai minat yang sama dengan Maria. Setiap hari mereka akan saling berkunjung ke blog masing-masing dan meninggalkan komen. Di awalnya Maria hanya mempunyai puluhan pengikut blog tetapi atas kerajinan Maria mengemaskini blog setiap hari secara berkala, pembaca blog Maria semakin meningkat kepada ratusan kemudian ribuan pengunjung dalam sehari. Kemudian Maria juga telah menemui satu cara menambah pendapatannya iaitu dengan mendaftarkan diri dengan sebuah syarikat yang menggunakan blog Maria sebagai platform pengikalanan. Semakin hari semakin banyak duit yang terkumpul menyebabkan Maria semakin teruja untuk mengemaskini blog kepunyaannya. Setelah hampir 3 tahun berblog tanpa mengenal erti jemu, akhirnya Maria semakin dikenali di kalangan ejen-ejen pengiklanan dan setiapkali ada sesuatu produk baru akan dilancarkan, mereka akan mengundang Maria untuk menjadi sebahagian daripada wartawan yang membuat liputan. Maria sungguh gembira kerana semakin hari semakin ramai pengunjung blog Maria yang masuk membaca kisah catatan hidup Maria.

Kisah 2 :

Amin seorang graduan Universiti yang baru sahaja menghabiskan pengajian dalam bidang kejuruteraan di salah satu universiti tempatan. Kesukaran mendapat kerja yang setaraf dengan lulusan Amin membuatkan Amin mengambil keputusan untuk pulang ke kampung memulakan projek membela ikan keli di belakang rumah orang tua Amin. Oleh kerana Amin merupakan seorang graduan yang celik IT, Amin suka merekodkan catatan harian Amin di dalam sebuah blog yang bertajuk "Panduan Menternak Ikan Keli". Hampir setiap hari Amin akan merekodkan perkembangan ikan kelinya. Selain itu, Amin juga rajin menghadiri kursus-kursus keusahawanan yang dijalankan di sekitar bandar tempat Amin tinggal. Tidak lama kemudian, ternakan Amin semakin berjaya dan Amin juga telah berjaya membina sebuah portal blog khas untuk penternak ikan keli mendapatkan bekalan ikan keli mentah, panduan & nasihat tentang penjagaan ikan keli daripada Amin. Semakin hari Amin makin mengorak langkah dengan menganjurkan seminar keusahawanan pula. Amin kini dikenali sebagai seorang usahawan muda yang begitu berjaya. Portal Amin juga telah dilayari oleh hampir seratus ribu pelawat yang berminat untuk mengambil kursus memelihara ikan keli dari syarikat Amin.

Kisah 3 :

Lela merupakan seorang surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak di rumahnya. Setiap hari Lela suka melayari internet terutamanya facebook dan membeli-belah secara talian. Mujurlah Lela seorang yang bijak menggunakan urus beli secara online. Lela suka klik "like" pada setiap laman membeli-belah kesukaannya sehinggalah suatu hari Lela terbaca tentang cara-cara menjadi ejen dropship di salah satu laman kegemaran Lela yang menjual pelbagai koleksi pakaian muslimah. Lela telah menghubungi pemilik laman tersebut dan mendaftarkan diri menjadi ejen dropship mereka. Setiap hari Lela hanya berkongsikan gambar-gambar terkini koleksi pakaian muslimah laman tersebuut dan sekiranya ada teman-teman Lela yang berminat untuk membeli, Lela akan menjual pakaian tersebut dengan cara memberitahu kepada pemilik laman. Sedikit komisyen akan diberikan kepada Lela. Yang pasti Lela tidak perlu keluar ke pejabat pos untuk menghantarkan baju tersebut dan Lela tidak perlu untuk mengeluarkan modal bagi membeli baju-baju muslimah tersebut. Sudah tentu Lela gembira kerana Lela dapat mencari duit lebih dengan cara menjadi ejen dropship setiap laman membeli-belah kesukaannya.

Ulasan :

Ketiga-tiga kisah di atas merupakan antara beberapa contoh macamana kita boleh mendapatkan pendapatan tambahan dengan berblog & laman peminat di facebook. Kisah pertama menunjukkan bagaimana pengaruh blog boleh menaikkan nama seseorang blogger di dalam dunia pengiklanan di negara ini. Contoh yang terdekat adalah Red Mummy yang kini cukup terkenal di kalangan para blogger di Malaysia ini. Kisah kedua pula menunjukkan bagaimana Amin boleh berjaya menghasilkan sebuah portal keusahawanan khusus dalam bidang ikan keli rentetan daripada perkongsian pengalamannya di blog Amin. Kisah ketiga pula menunjukkan bahawa seorang surirumah yang tidak mempunyai modal walau sesen pun boleh mendapatkan duit poket dengan hanya sekadar menjadi ejen dropship sahaja.

Alangkah senang bukan? Apa yang diperlukan hanyalah kerajinan dan semangat yang berterusan dalam merealisasikan sebuah matlamat. Buat mereka yang masih buntu, mungkin apa yang anda perlukan hanyalah sebuah blog yang dapat membantu anda menjadi seorang yang dikenali. Mungkin ianya akan mengambil masa setahun, mungkin dua atau mungkin bertahun-tahun bergantung kepada usaha kita yang berterusan. Yang penting niat haruslah betul & semoga apa yang diperkongsikan membawa manfaat kepada semua.

Pada yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog & fanpage untuk perniagaan, boleh hubungi saya di zailamohamad@yahoo.com atau sms / whats app sahaja di 012-3228651. Saya mungkin boleh membantu menunjukkan cara-cara menambah pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah. Apa yang penting, bina dulu tapak asas sebelum kita mengambil langkah untuk berhenti kerja.

Salam kasih sayang buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, June 4, 2013

5 Cara Pantas Promosikan Barang Jualan

Teks : Zaila Mohamad
Gambar : Google

Assalamualaikum,

Tahukah anda sekarang ini ada bermacam cara yang boleh digunakan untuk memasarkan barangan anda. Antara yang paling mendapat tempat para peniaga adalah 5 cara seperti di bawah. Kita mulakan dengan yang paling pantas sekali dalam mempromosikan barang!

1) Instagram


Cara yang paling pantas! Tangkap gambar muat & terus muat turun. Urusan jual beli boleh dilakukan pada masa itu juga! Selalunya digunakan oleh peniaga yang ke luar negara, urusan jual beli boleh dilakukan di dalam kedai, pelanggan terus bayar & barang akan dibawa pulang oleh peniaga.

2) Whats App


Cara terkini berurusan jual-beli. Aplikasi Whats App sangat senang digunakan. Selain dari boleh berhubung terus dengan pelanggan, pelanggan juga boleh melihat gambar & video produk secara terus.

3. Facebook


Melalui fan page facebook. Peniaga hanya perlu memuat turun gambar & urusan jual beli boleh dilakukan terus di bawah gambar tersebut. Dengan adanya aplikasi facebook di dalam telefon pintar, urusan jual beli memang senang dilakukan.

4) Website / Shopping Cart


Bagi yang mempunyai banyak produk, website / shopping cart sangat sesuai digunakan untuk memasarkan barangan. Namun terdapat banyak proses yang perlu dilakukan iaitu mengambil gambar, edit, memasukkan ke dalam website.

5. Blog


Bagi mereka yang baru memulakan perniagaan, blog merupakan cara yang paling mudah untuk memasarkan barangan. Boleh pilih banyak domain free sebagai tapak asas perniagaan, salah satu yang paling popular adalah domain blogspot kerana ianya mudah dicapai & mesra pelanggan.

Tips Memilih Bisnes Yang Sesuai Dijalankan Dari Rumah


Teks : Zaila Mohamad
Gambar : Google

Assalamualaikum,

Sekarang ini kita semakin menuju ke zaman dunia di hujung jari. Percayakah anda bahawa satu hari nanti semua orang tidak perlu keluar bekerja, hanya duduk di rumah bekerja dari rumah sahaja. Malah, konsep bekerja dari rumah ini sudah lama diperkenalkan di barat. Dengan kewujudan teknologi internet dan sistem penghantaran yang cekap, semakin ramai di antara kaum wanita yang lebih memilih untuk bekerja dari rumah.

Berikut merupakan beberapa tips yang berguna untuk memilih bisnes yang sesuai dari rumah.

1) Minat

Kaji minat anda dalam perniagaan apa? Kalau hobi suka memasak, boleh mula dengan membina sebuah blog resepi masakan kemudian boleh berjinak-jinak dalam mengambil tempahan. Kalau hobi suka menjahit boleh kongsikan hasil tangan di dalam media sosial seperti facebook dan kemudian mengambil tempahan.

2) Lokasi

Adalah mendapat satu kelebihan sekiranya kediaman anda tinggal berdekatan dengan pusat borong atau pejabat pos kerana iainya sangat-sangat membantu dalam mendapatkan bahan mentah & menguruskan penghantaran. Dengan ini kita boleh menjimatkan masa untuk menghantar pesanan

3) Komuniti

Mula untuk lakukan jualan kepada komuniti di sekeliling kita seperti kawan-kawan, jiran-jiran, teman sekerja dahulu. Jika sudah yakin untuk mengambil tempahan dalam kadar yang banyak, boleh mula bisnes dari rumah melalui online sahaja.

4) Permintaan Tinggi

Pilih bisnes yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di pasaran seperti produk makanan, makanan tambahan, pakaian & servis perkhidmatan pelanggan seperti insuran, perancang majlis perkahwinan & lain-lain.

5) Senang Di Lakukan

Salah satu jenis bisnes yang senang adalah dengan menjadi ejen dropship sesebuah syarikat / pengedar barangan. Ini kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk membeli barang. Apa yang perlu lakukan adalah membuat promosi & sekiranya pelanggan membeli barangan tersebut, anda akan diberikan komisyen dan segala urusan penghantaran dilakukan oleh syarikat/pengedar tersebut.

Pada sesiapa yang berminat untuk menjalankan bisnes dari rumah tapi masih tidak tahu caranya? Boleh PM kepada saya di zailamohamad@yahoo.com atau Whats app di 012-3228651. Insya Allah saya akan bantu tunjukkan langkah demi langkah untuk berjaya:)

Monday, June 3, 2013

Mulakan Langkah Dengan Membeli Koleksi Hebat Pakej Asas WAHM SOHO : Bekerja Dari Rumah Tulisan Pn. Masayu Ahmad

Assalamualaikum,

Khas buat mereka yang ingin memulakan langkah untuk memulakan bisnes secara online. Adalah sangat penting untuk mendapatkan sebanyak mana maklumat sebagai persediaan dalam memulakan langkah perniagaan.

Di sini, saya ingin mengesyorkan supaya mendapatkan Pakej Koleksi Hebat Asas WAHM SOHO : Bekerja Dari Rumah hasil tulisan Pn. Masayu Ahmad yang cukup terkenal sebagai seorang bekas wartawan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. yang kini sedang aktif menulis & menerbitkan beberapa buku yang begitu laris di pasaran. Antaranya adalah Jana RM Dari Rumah dan bakal menyusul terbit beberapa lagi e-book di pasaran.

1. Ebook asas blog dan penulisan.

Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalaman dan kepakaran untuk memulakan blog pertama. 
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggunakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama. 
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.

Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

Bab 1: Analisa Penentuan Tajuk Blog
(Berdasarkan pengalaman dan kepakaran)
Bab 2: Pendapatan Pasif/ Aktif Melalui Blog & Ebook
Bab 3: Langkah Demi Langkah Blog
Bab 4: Rancang Penulisan
Bab 5: Menyusun Bab
Bab 6: Tips Penulisan
Bab 7: Tulisan Berpengaruh
Bab 8: Motivasi Menulis
Bab 9: Panduan Temuramah
Bab 10: Asas Suntingan
Bab 11: Mengurus Ebook/ Manuskrip Pertama

2. Super Wahm, Super Mom

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho

Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3:  Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad, 
3.3 Farah Hafizah 
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6  Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri 
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry

Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi
Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2  Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7:  Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

3. E-Book Panduan Mula Bines Butik Online / Offline

Bab 1: Pengenalan bisnes1.1 Ringkasan bisnes butik1.2  Rangkaian industri butik
1.3  Ciri-ciri butik

Bab 2: Kemahiran2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes2.2 Kemahiran dalam bisnes2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun

Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan 3.1 Fokus produk (niche)3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan


Bab 4: Modal (15 muka surat)4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal4.3 : Strategi Pengurusan Modal4.4: Sumber Pinjaman


Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran 5.1  Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2  Panduan khidmat pelanggan
5.3  Kemahiran khidmat pelanggan
5.4  Cara menjual kepada setiap pelanggan


Bab 6: Pendaftaran bisnes


Bab 7: Pengurusan bisnes 7.1 : Pentadbiran7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan7.3: Pengurusan Kewangan7.4: Panduan Pengurusan Profesional


Bab 8: Harga tawaran 8.1 Kaedah penentuan harga8.2 Contoh penentuan harga8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online

Bab 9:  Promosi/pemasaran 9.1 Kaedah promosi & pemasaran9.2 Strategi promosi butik9.3 Strategi promosi butik9.4 Tip promosi dan pemasaran


Bab 10: Organisasi/badan berkaitan10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan10.3: Organisasi yang perlu disertai 

Pada yang berminat, boleh dapatkan sekarang di sini. Caranya mudah sahaja boleh membuat pesanan melalui :
1) Email : zailamohamad@yahoo.com 
2) Whatsapp / sms ke 012-3228651

PROMOSI sehingga 30 Jun 2013 :- Dapatkan koleksi Hebat Pakej Asas WAHM SOHO : Bekerja Dari Rumah pada harga RM100 SAHAJA!! Jangan lepaskan peluang keemasan ini, dapatkan sekarang sebagai persediaan untuk menjalankan perniagaan online.

Salam Kasih Sayang


Assalamualaikum,

Akhirnya tercapai juga hasrat untuk membuat blog khas untuk tatapan / rujukan para usahawan online mahupun offline tentang tips-tips hebat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan masing-masing. Blog ini khas untuk mereka yang baru memulakan bisnes secara online separuh masa mahupun sepenuh masa. Insya Allah akan diselitkan beberapa maklumat yang berguna yang boleh diguna pakai sebagai rujukan anda semua.

Buat mereka yang terfikir untuk memulakan bisnes tapi masih tidak tahu caranya? Boleh PM saya di zailamohamad@yahoo.com atau whats app ke 012-3228651. Saya akan bantu & tunjukkan cara langkah demi langkah untuk memulakan perniagaan online secara tetap mahupun sambilan:)