Google+ Followers

Saturday, June 15, 2013

Blog Sebagai Tapak Asas Tambah Pendapatan

Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Kisah 1 :

Maria merupakan seorang penjawat awam yang suka melayari internet di masa luangnya di pejabat. Maria juga menulis sebuah blog yang mengisahkan tentang kisah kehidupan Maria. Hampir setiap hari Maria menulis tentang aktiviti yang Maria buat seperti aktiviti anak-anak, benda yang Maria makan, beli & suka. Maria juga mempunyai ramai kawan-kawan blogger yang mempunyai minat yang sama dengan Maria. Setiap hari mereka akan saling berkunjung ke blog masing-masing dan meninggalkan komen. Di awalnya Maria hanya mempunyai puluhan pengikut blog tetapi atas kerajinan Maria mengemaskini blog setiap hari secara berkala, pembaca blog Maria semakin meningkat kepada ratusan kemudian ribuan pengunjung dalam sehari. Kemudian Maria juga telah menemui satu cara menambah pendapatannya iaitu dengan mendaftarkan diri dengan sebuah syarikat yang menggunakan blog Maria sebagai platform pengikalanan. Semakin hari semakin banyak duit yang terkumpul menyebabkan Maria semakin teruja untuk mengemaskini blog kepunyaannya. Setelah hampir 3 tahun berblog tanpa mengenal erti jemu, akhirnya Maria semakin dikenali di kalangan ejen-ejen pengiklanan dan setiapkali ada sesuatu produk baru akan dilancarkan, mereka akan mengundang Maria untuk menjadi sebahagian daripada wartawan yang membuat liputan. Maria sungguh gembira kerana semakin hari semakin ramai pengunjung blog Maria yang masuk membaca kisah catatan hidup Maria.

Kisah 2 :

Amin seorang graduan Universiti yang baru sahaja menghabiskan pengajian dalam bidang kejuruteraan di salah satu universiti tempatan. Kesukaran mendapat kerja yang setaraf dengan lulusan Amin membuatkan Amin mengambil keputusan untuk pulang ke kampung memulakan projek membela ikan keli di belakang rumah orang tua Amin. Oleh kerana Amin merupakan seorang graduan yang celik IT, Amin suka merekodkan catatan harian Amin di dalam sebuah blog yang bertajuk "Panduan Menternak Ikan Keli". Hampir setiap hari Amin akan merekodkan perkembangan ikan kelinya. Selain itu, Amin juga rajin menghadiri kursus-kursus keusahawanan yang dijalankan di sekitar bandar tempat Amin tinggal. Tidak lama kemudian, ternakan Amin semakin berjaya dan Amin juga telah berjaya membina sebuah portal blog khas untuk penternak ikan keli mendapatkan bekalan ikan keli mentah, panduan & nasihat tentang penjagaan ikan keli daripada Amin. Semakin hari Amin makin mengorak langkah dengan menganjurkan seminar keusahawanan pula. Amin kini dikenali sebagai seorang usahawan muda yang begitu berjaya. Portal Amin juga telah dilayari oleh hampir seratus ribu pelawat yang berminat untuk mengambil kursus memelihara ikan keli dari syarikat Amin.

Kisah 3 :

Lela merupakan seorang surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak di rumahnya. Setiap hari Lela suka melayari internet terutamanya facebook dan membeli-belah secara talian. Mujurlah Lela seorang yang bijak menggunakan urus beli secara online. Lela suka klik "like" pada setiap laman membeli-belah kesukaannya sehinggalah suatu hari Lela terbaca tentang cara-cara menjadi ejen dropship di salah satu laman kegemaran Lela yang menjual pelbagai koleksi pakaian muslimah. Lela telah menghubungi pemilik laman tersebut dan mendaftarkan diri menjadi ejen dropship mereka. Setiap hari Lela hanya berkongsikan gambar-gambar terkini koleksi pakaian muslimah laman tersebuut dan sekiranya ada teman-teman Lela yang berminat untuk membeli, Lela akan menjual pakaian tersebut dengan cara memberitahu kepada pemilik laman. Sedikit komisyen akan diberikan kepada Lela. Yang pasti Lela tidak perlu keluar ke pejabat pos untuk menghantarkan baju tersebut dan Lela tidak perlu untuk mengeluarkan modal bagi membeli baju-baju muslimah tersebut. Sudah tentu Lela gembira kerana Lela dapat mencari duit lebih dengan cara menjadi ejen dropship setiap laman membeli-belah kesukaannya.

Ulasan :

Ketiga-tiga kisah di atas merupakan antara beberapa contoh macamana kita boleh mendapatkan pendapatan tambahan dengan berblog & laman peminat di facebook. Kisah pertama menunjukkan bagaimana pengaruh blog boleh menaikkan nama seseorang blogger di dalam dunia pengiklanan di negara ini. Contoh yang terdekat adalah Red Mummy yang kini cukup terkenal di kalangan para blogger di Malaysia ini. Kisah kedua pula menunjukkan bagaimana Amin boleh berjaya menghasilkan sebuah portal keusahawanan khusus dalam bidang ikan keli rentetan daripada perkongsian pengalamannya di blog Amin. Kisah ketiga pula menunjukkan bahawa seorang surirumah yang tidak mempunyai modal walau sesen pun boleh mendapatkan duit poket dengan hanya sekadar menjadi ejen dropship sahaja.

Alangkah senang bukan? Apa yang diperlukan hanyalah kerajinan dan semangat yang berterusan dalam merealisasikan sebuah matlamat. Buat mereka yang masih buntu, mungkin apa yang anda perlukan hanyalah sebuah blog yang dapat membantu anda menjadi seorang yang dikenali. Mungkin ianya akan mengambil masa setahun, mungkin dua atau mungkin bertahun-tahun bergantung kepada usaha kita yang berterusan. Yang penting niat haruslah betul & semoga apa yang diperkongsikan membawa manfaat kepada semua.

Pada yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog & fanpage untuk perniagaan, boleh hubungi saya di zailamohamad@yahoo.com atau sms / whats app sahaja di 012-3228651. Saya mungkin boleh membantu menunjukkan cara-cara menambah pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah. Apa yang penting, bina dulu tapak asas sebelum kita mengambil langkah untuk berhenti kerja.

Salam kasih sayang buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca.

1 comment:

  1. terima kasih atas infoa tapi saya ni budak lembam.nak jadi macam orang lain yang berjaya selalu kecewa.

    ReplyDelete