Monday, November 18, 2013

Kenapa Memilih Perniagaan Online?


Teks : Zaila Mohamad
Gambar : Google

Assalamualaikum

Mengimbas kembali kenangan semasa memulakan perniagaan alam maya atau lebih dikenali sebagai perniagaan dalam talian dahulu. Saya bermula dari kosong, sekadar berlandaskan perasaan mahu mencuba dan lebih kepada mahu suka-suka sahaja. Awal tahun 2009, saya selalu membaca blog seorang kawan. Dari situ saya melihat trend menjual melalui blog. Seingat saya, ada beberapa buah blog yang saya ikuti pada zaman itu dan saya juga pernah membeli produk dari mereka. Selalunya produk yang dijual sudah semestinya jarang terdapat di Malaysia ini. Sebagai contoh, saya pernah membeli tudung jenama Tie Rack dari seorang teman alam maya (yang kini sudah menjadi teman alam facebook) yang pada masa itu menetap di United Kingdom. Teruja menunggu barang sampai kerana ianya dipos terus dari UK.

Masa itu, saya mendapat ilham untuk menjual juga. Saya mulakan dengan membina sebuah blog dan saya juga bina sebuah blog peribadi juga. Di blog peribadi saya banyak berceritakan tentang diri dan kehidupan saya. Semua kenangan manis dan pahit saya coretkan di situ manakala blog satu lagi saya gunakan sepenuhnya untuk menjual produk. Alhamdulillah masa itu kakak ipar saya banyak menolong dengan memberikan sokongan dan produk jualan seperti tudung bawal dan juga kain ela. Sungguh saya tidak menyangka yang blog perniagaan saya mendapat sambutan. Alhamdulillah, berkat rajin membuat pemasaran di blog-blog dan melakukan promosi yang berterusan, ramai juga yang mengenali kedai online saya.

Tahun 2010 saya mengambil langkah untuk berniaga secara offline pula dengan menyertai bazar-bazar jualan yang selalu dilakukan pada hujung minggu. Saya iklankan penyertaan saya di bazar dan saya ajak teman-teman blogger supaya ikut sama datang memeriahkan bazar tersebut. Alhamdulillah, banyak juga bazar yang saya sertai dan ada juga pengalaman ditipu oleh penganjur. Itu semua saya terima sebagai kenangan pahit dan manis dalam berniaga.

Sehingga sekarang saya masih lagi berniaga secara online tetapi sekarang saya hanya memilih beberapa produk yang saya suka sahaja. Rentetan status saya seorang surirumah yang bekerja dari rumah, ada banyak perkara yang menghalang saya dari keluar rumah. Anak kecil, tiada kenderaan dan juga jadual masa yang sibuk membuatkan saya memilih untuk menjalankan perniagaan secara dropship. Selain itu, saya juga menjalankan perniagaan pada hujung minggu sahaja di mana en suami banyak membantu dalam membuat urusan penghantaran.

Apabila berbicara mengenai perniagaan online, sedar tak sedar sudah banyak di kalangan syarikat besar di Malaysia berubah kepada perniagaan ini. Contohnya Tesco juga telah melancarkan kemudahan membeli-belah di dalam talian dan ada penghantaran ke sekitar lokasi terdekat pasarayanya. Selain itu, banyak lagi syarikat yang membuat perniagaan farmasi seperti Cosway, Tupperware juga akan mengikut jejak langkah yang sama. Kenapa ya? Antara sebabnya adalah :

- Cepat dan senang : Mengapa memilih untuk jalan yang susah sedangkan sudah tersedia jalan yang senang dan singkat. Ramai yang memberitahu bahawa mereka tidak perlu bersusah-payah untuk bersiap-siap dan sebenarnya lebih menjimatkan dengan membeli di dalam talian. Hanya selepas membuat bayaran melalui talian perbankan dan tunggu barang sampai di hadapan rumah sahaja.

- Lebih Selamat : Bagi kaum wanita adalah lebih selamat sekiranya mereka membeli di dalam talian kerana mereka tidak perlu lagi keluar rumah memandu untuk mencari barang. Umum diketahui bahawa kadar jenayah semakin meningkat sekarang ini, jadi adalah lebih baik duduk sahaja di rumah dan membeli secara dalam talian.

- Bila-Bila Masa : Transaksi pembelian boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Bagi peniaga online, perkara seperti menerima tempahan seawal 2 atau 3 pagi adalah biasa kerana pelanggan boleh terdiri daripada segenap tempat di dalam dunia ini. Walaupun di Malaysia adalah waktu tidur tetapi tidak di United States. Jadi peluang perniagaan adalah terbuka luas.

- Peluang pasaran yang lebih meluas : Sekiranya hanya berniaga di satu tempat sahaja, kemungkinan pelanggan hanyalah penduduk setempat dan terdiri dari kawasan tersebut sahaja. Tetapi dengan perniagaan online ini, pelanggan boleh terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan boleh berada di mana-mana tempat di dalam Malaysia dan di luar negara juga.

Jadi, adakah kalian sudah nampak akan potensi perniagaan online? Bagi mereka yang mempunyai produk mahupun belum mempunyai produk tetapi berminat untuk berniaga online, kalian bleh bermula dengan mendaftarkan diri ke kelas asas blog & fanpage dahulu bersama saya. Di sini kalian akan diajar membina sebuah blog dan sebuah fanpage perniagaan dan bagaimana membuat link di antara keduanya.

Jika berminat, sebarang pertanyaan boleh hubungi saya melalui :

email : zailamohamad@yahoo.com
sms / whats app : 012-322 8651
Facebook : Zaila Mohamad

No comments:

Post a Comment